Perkahwinan bukan lah mempunyai panorama
yang indah belaka sahaja. Banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh
setiap pasangan. Salah satunya cabaran kepada pasangan yang terpaksa
hidup berjauhan walaupun selepas berkahwin yang disebabkan oleh faktor
tempat berkerja, meneruskan pengajian, kesihatan dan banyak lagi.
Di sini ingin dikongsi bersama tips-tips
bagaimana untuk menjalani kehidupan bagi pasangan yang terpaksa
berjauhan selepas berkahwin. InsyaAllah, moga ianya dapat membantu
kepada pasangan yang bergelar isteri.
1. Isteri yang pulang
seminggu sekali hendaklah menguruskan semua kerja rumah yang sememangnya
sudah menjadi tanggungjawab seorang isteri sewaktu pulang ke rumah
suami. Membasuh semua baju kotor, menyidai, melipat semua kain dan tidak
lupa juga untuk meng’iron’ semua baju dan siap disangkut di dalam
almari supaya suami mudah mengambilnya.
2. Isteri tidak dapat
memasak sepanjang tiada di rumah. Hanya hari Sabtu dan Ahad sahaja baru
isteri boleh memasak. Jadi isteri perlu menyiang ikan/daging/ayam,
mengupas bawang dan memotong sayur. Lalu dimasukkan ke dalam bekal kedap
udara, kemudian disimpankan ke dalam peti sejuk. Cara ini dapat
memudahkan suami untuk memasak tanpa membuang masa dan menjimatkan
tenaganya yang sudah letih seharian di pejabat.
3. Sentiasa meng’update’ jadual/kalendar harian/bulanan dengan suami supaya mudah menguruskan masa balik/kembali ke rumah suami.
4. Pada sebelah
pagi(sebelum pergi kerja), tengah hari(masa rehat), petang(pulang kerja)
dan malam(sebelum tidur), sentiasalah menghantar mesej/call/MMS kepada
suami supaya rasa lebih dekat dan tidak rasa bersendirian walau pun
hidup berjauhan.
5. Apabila ingin
melakukan ibadah seperti membaca Al-Quran/solat sunat/dengar ceramah di
tv/radio, ajaklah pasangan sekali turut serta. Walau berjauhan, tetapi
sekiranya dalam masa yang sama pasangan melakukan perkara yang sama,
ianya dapat menerbitkan rasa dekat dan berkongsi antara satu sama lain.
6. Sewaktu pulang ke
rumah suami, sesekali keluarlah bersama-sama seperti beriadah di waktu
pagi/petang di taman, membaca bersama di kedai buku, membeli belah,
menonton wayang ataupun melayari internet di kafe sambil menghirup kopi
panas bersama. Dengan itu mewujudkan sifat mesra dan kegembiraan antara
pasangan dan menjadikan pasangan semakin intim.
7. Sesekali balik ke
rumah suami tanpa pengetahuannya. Kejutan ini mesti memberi terapi buat
pasangan yang kebetulan sedang stress baru pulang dari pejabat. Wajah
isteri kan penawar segala kegusaran buat suaminya.
8. Andai sibuk dengan
urusan di pejabat/kuliah, ambil waktu untuk menulis email yang berbaur
cinta dan ayat-ayat romantis untuk pasangan. Curahkan segala rasa kasih
dan sayang di hati. Beritahu padanya betapa dia sangat berharga di dalam
hidup. Dan jangan lupa selitkan kata-kata semangat/sokongan buat
pasangan. Hantar ke email pejabatnya. Lihat sejauh mana, dia akan
bertambah mengingati isterinya.
9. Adakalanya kejutkan
pasangan dengan mengirim hadiah bukan sahaja pada tarikh istimewa tetapi
pada hari-hari lain. Buktikan pada pasangan yang dia begitu istimewa
dalam hidup.
10. Apabila sudah ada
di samping suami, solat lah secara berjemaah bersama. Kekuatan rohani
sangat penting bagi sesebuah rumahtangga. Ajaklah suami membaca al-Quran
bersama atau berdiskusi secara ilmiah mengenai pendidikan agama selepas
solat jemaah. Cari topik-topik yang dapat memberi input yang bagus. Di
samping dapat menambah pengetahuan tentang ilmu agama, suami juga boleh
memberi tazkirah kepada isteri juga kepada bakal anak-anak nanti.
11. Akhir sekali, doa
seorang isteri sangat mustajab. Berdoalah supaya hubungan bersama suami
diberkati, dilindungi oleh Allah senantiasa. Berdoalah supaya Allah juga
melindungi si suami,memelihara kesihatannya supaya boleh menjaga dan
membimbing kita hingga akhir hayat. dan jangan lupa berdoa moga Allah
menyatukan kita dan pasangan di akhirat sana juga. InsyaAllah..
Taknak jauh ngan suami !!! hihi
ReplyDeletexde sape pkse ko tok jauh dgn suami...
ReplyDeleteentri ni aku tujukan pd mereka yg PJJ...