1. Sekitar usia 3
bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali
sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan
perkumuhannya.
2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut
lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi
sudah mula menangis tetapi dalam diam.
3. Seawal usia 4 bulan,
bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali
pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang
sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya
ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi
sehigga usianya 5 bulan.
4. Ketika usianya memasuki 4 bulan,
bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi
tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.
5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar
perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila
mendengar bunyi kuat.
6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula
terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan
mula meneroka anggota tubuh badannya.
7. Seperti kita, bayi di
dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini
akan melatih perkembangan otak bayi.
8. Apabila otaknya sudah
terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi.
Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat
perkembangan mentalnya.
9. Sebaik sahaja deria rasanya
terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan
boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada
rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.
10. Sebaik sahaja
lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk
menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama
ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel ♥
Anum, blog ko ada word word bagai ni yer.. sila remove!! =p
ReplyDelete