Berhati-Hati Bila Melawat Orang Meninggal
jmp dlm fb ye kwn2... just utk peringatan kte bsama...
Walaupun
kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua
used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air,
cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.
Teringat
saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih
berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis,
tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang
mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering
lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan
dan kesejahteraan kami sekeluarga.
masa berlalu sehinggalah
rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan
memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya
Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan
tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata
selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk
kerumah itu (rumah ibu).
Beliau terus saja menjengah ke buaian
anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah
seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak
saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu
rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi
yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama
tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah… katanya) . Dia meminta saya
mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam
getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang
menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang
tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan
saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.
Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd
hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini,
mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa
petang itu, alhamdulilah.
Petang itu Cik Man ke masjid dan dia
hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke
kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan
bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas
dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar
menjadi lebam. Rupa-rupanya kami
tersilap kerana mana ada
jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya
tidak keruan, mencari hingga ke malam.
Keesokkannya pagi-pagi
lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang
meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu
dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari
neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat
anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati
saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah
diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada
sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu
tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang
mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada
malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah
banyak-banyak.
Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya.
Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa
yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar
tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang
lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada
imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam
masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara
orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing
dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus
membuang ulat-ulat itu ke longkang.
Bila kesemuanya telah
selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang
ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal
dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu.
Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya
pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya
orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui
dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.
Cik Man
menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia
setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit
keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana
bayi saya sudah pandai bertatih.
Setelah segala kesulitan
terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit
sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang
diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat
disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut.
Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli
keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man.
Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada
waris.
Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.
Benarkah? Apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan iktibar.
No comments:
Post a Comment
posto.. posto.. posto...