AWASI LANGKAH ANAK ANDA YG MEMAKAI SEPATU CROCS!
Di The Gardens, Mid Valley City
baru-baru ini berlaku satu kemalangan ngeri dimana seorang kanak-kanak
tersangkut kaki pada eskalator dan terpaksa dibawa ke Hospital.
Kemalangan yang berlaku di hadapan pasaraya Cold Storage The Gardens
nyaris menjadi satu tragedi menakutkan apabila kasut/selipar yang
dipakai kanak-kanak tersebut tersangkut di tepi eskalator itu.
Tindakan pantas pekerja pengurusan The Gardens untuk menelefon pihak
bomba dan ambulans berjaya mengelakkan kemalangan tersebut dari semakin
teruk.
Pihak Bomba dan keselamatan mengambil masa selama lebih
kurang 30 minit untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut. Orang awam
yang berada berhampiran turut membantu apabila diminta oleh pihak
terbabit.
Kanak-kanak tersebut yang dipercayai mengalami
kecederaan teruk pada kaki, segera digegaskan ke Pusat Rawatan
Universiti Malaya menggunakan Ambulans yang sedang menanti di luar The
Gardens.
Punca kemalangan dipercayai kasut/selipar Crocs yang
dipakai kanak-kanak tersebut, ditarik masuk kedalam eskalator. Sebelum
ini, telah berlaku banyak kes yang melibatkan Crocs dan eskalator.
Dipercayai struktur getah lembut pada Crocs, menjadikan ianya mudah
ditarik masuk oleh eskalator. Mudah untuk dikatakan, pemakaian Crocs
agak bahaya dipakai mereka yang cuai.
Diharap jika anda memakai
kasut/selipar jenis Crocs, untuk lebih berhati-hati dan sentiasa
perhatikan anak-anak kecil agar kemalangan seperti ini tidak berulang
lagi.
p/s: info ni i jmp dr fb ye...
No comments:
Post a Comment
posto.. posto.. posto...