27.9.12

epidural

 

 
Kesakitan sewaktu bersalin terutamanya semasa melahirkan anak pertama adalah di antara jenis kesakitan yang paling tinggi darjahnya yang di alami oleh kaum wanita. Al-Quran menggambarkan peri kesakitan yang di alami oleh kaum wanita sewaktu melahirkan bayi melalui penceritaan watak Siti Maryam, gadis suci yang melahirkan Nabi Isa a.s. Siti Maryam menyandarkan tubuh ke pohon kurma dan mengerang kesakitan sambil berdoa kepada Allah Swt.
(alQuran 16:19:23-24)
 
 
Kajian sains moden ketika ini mendapati kesakitan bersalin adalah antara kesakitan yang paling tinggi darjahnya yang dialami oleh manusia. Jika di berikan skala di antara 0 hingga 50 daripada tiada kesakitan sehinggalah kesakitan melampau, maka purata markah yang ditandakan untuk kesakitan bersalin terutamanya anak pertama ialah melebihi skala 40.

 
Pelbagai teknik telah digunakan oleh doktor-doktor dan juga pengamal perubatan alternatif untuk mengurangkan kesakitan semasa bersalin. Antaranya ialah gas pelali, suntikan ubat penahan sakit dan juga lain-lain rawatan alternatif seperti hypnosis, akupunktur dan lain-lain. Semua jenis teknik tersebut hanya dapat mengurangkan kesakitan antara 50 ke 60% sahaja.

 
Teknik moden yang di yakini oleh doktor-doktor pakar bius dapat mengurangkan kesakitan bersalin sehingga hampir 100% ialah teknik pembiusan epidural. Teknik ini melibatkan suntikan khas ubat bius setempat ke dalam lapisan lemak epidural (epidural space) yang mengelilingi cecair saraf tunjang (cereberospinal fluid) melalui celahan tulang belakang pada bahagian pinggang pesakit. Sejenis tiub halus turut dimasukkan ke dalam lapisan lemak epidural pesakit untuk memboleh ubat bius di masukkan secara berterusan ke sehinggalah ibu selesai bersalin. Ubat bius ini akan bertindak menghalang penghantaran isyarat kesakitan daripada bahagian rahim dan vagina daripada sampai ke otak. Kesannya ialah kesakitan di bahagian pinggang dan ke bawah tidak di rasai oleh pesakit.

 
Teknik ini memerlukan kepakaran dan latihan khusus dan hanya mampu dilakukan oleh Doktor bius yang telah mendapat latihan yang secukupnya. Sekiranya pembiusan ini dijalankan oleh doktor bius yang terlatih maka hampir tiada komplikasi yang bakal di alami oleh pesakit. Namun begitu sekiranya ianya dilakukan oleh doktor yang tidak terlatih maka ia boleh mengakibatkan beberapa kesan sampingan seperti sakit kepala yang teruk untuk beberapa hari, ketidak stabilan tekanan darah, jangkitan kuman pada selaput saraf tunjang dan kelumpuhan sementara pada kedua-dua belah kaki. Ibu-ibu yang hendak bersalin terutamanya anak sulung dan merasa takut dengan kesakitan bersalin bolehlah meminta perkhidmatan epidural daripada doktor bius di hospital berkenaan. Walau bagaimanapun tidak semua hospital menyediakan khidmat pembiusan epidural untuk ibu-ibu bersalin. Bertanyalah kepada bidan atau doktor bersalin semasa anda sedang mengandung berkenaan khidmat pembiusan epidural di hospital tersebut sekiranya anda ingin mendapatkannya.

sumber dariwww.papisma.org/panduankesihatan/

3 comments:

  1. takotny abaca bila bab2 sakit nak beranak ni..ngeri..huhuhu..besarnya pengorbanan seorang ibu..:(

    ReplyDelete
  2. aku pn takut bila baca psl ni..sebab tu la seorang ibu mati syahid kan kalo die meninggal masa bsalin...

    eh,font ko..best baca;)

    ReplyDelete

posto.. posto.. posto...