27.12.12

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN



Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalk...an beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran

Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal

Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa

Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik

Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya.




♥♥ info dipetik dari fb♥♥


ALHAMDULILLAH i mmg xpenah bg air 0 pd anak2 i dr lahir hingga usia mereka 6bln...
walaupun my mom ada srh bg, tp i xbuat pn...
i xkesah kne mrh dgn my mom, jnj anak2 i sihat...
jd pada ibu2/bakal2 ibu di luar sana silalah sokong penyusuan susu ibu ni..
xrugi mana pn..
malah byk khasiatnye...
jgn ingt bile bg ank full susu bdn ni, body kite xkn kurus/langsing...
kevin zahri penah bckp, pd ibu2 yg nk susukn anak lupekan psl diet..
ble anak kite dh x spenuhnya susu bdn, mse tu la br kite blh bdiet..
lg 1, tu anak kite (manusia)..
bkn anak lembu (bg susu formula)...
lebih baik kite sndri yg susukn mereka..
akan merapatkan lg hubungan ibu & anak...

7 comments:

  1. saya setuju...tp kalau susu badan x mau kuar cmne puan anum??

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak caranya pn.anna alaui klo susu bdn xmo kuar...
      melainkan klo dh sume cara kite cuba, tp xjgk bhasil, blhla bg susu lembu pd anak kite...
      hehehe

      Delete
  2. untung laa... wife gua study dan terpaksa berjauhan dgn ank sejak usia ank 9 bln... terpaksa la bg susu lembu wpun tahu itu ank kite (manusia)... sblm berjauhan mmg bg susu ibu tp keadaan yg jadikan mcm tu... nak buat mcm mana kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe YANG PENTING mse dia BARU LAHIR smp umur 6BULAN kite dpt bg dia susu bdn secukupnye pn dh memadai...
      klo dpt dteruskn smp usia dia 2thn lg bagus..
      i pn xdpt jgk bg susu bdn kt anak yg sulung smp umo dia 2thn..

      Delete
    2. tu la... alhamdulillah smpai 8 bln bg susu bdn... pastu start pisahkan sbb dah nak berjauhan... untung kan yg dpt bg smpai umur 2 thn tu...

      Delete
  3. akak dulu masa anak2 kecik pun tak bg sgt air masak ni..kdg2 je tu pun sikit la

    ReplyDelete
    Replies
    1. klo xbg lgsg lg bagus kak...
      bile dh 6bln ke atas br bg dia air msk ni..

      Delete

posto.. posto.. posto...