Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas
cintamu, janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorang
kerana Cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang.
Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai,
anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan
penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil
kesempatan dan janganlah melukakan.
Bagaimana kamu mengurusi cinta begitulah kamu mengurusi dirimu dan
setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa
sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.
Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu
menyintai diri kita dan tiba tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa
yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap
yang berlaku ada hikmahnya yang tersembunyi.. Dan kita akan menyedari
apabila masa silih berganti.
Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta itu
sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa, Kamu hanya perlu
menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri di dalamnya apabila
ia datang mengetuk pintu hatimu.
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia,
Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri Bersyukurlah kerana
ianya pernah singgah di hati kamu…
No comments:
Post a Comment
posto.. posto.. posto...