21.7.11

21 pesanan isteri kepada suami

Sekarang ini, ramai para suami yang ambil mudah dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Sikap ambil mudah dan tidak peduli suami ini menyebabkan banyak masalah rumahtangga yang timbul.Rumahtangga yang sepatutnya menjadi tempat istirehat, tempat bermesra,tempat mendapat kasih sayang, tempat yang dapat memberikan ketenangan pada si isteri dan si suami, telah menjadi sebaliknya. Tiada lagi harmoni, tiada lagi ketenangan, tiada lagi kebahagiaan yang dapat dirasai dalam kebanyakan rumahtangga sekarang. Mengapa ini terjadi?

Salah satu punca utama yang menyebabkan kita tidak dapat merasai ketenangan, tidak merasai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga ialah kerana disebabkan kegagalan suami berperanan sebagai suami yang mithali.
Berikut adalah 21 pesanan isteri kepada suami, yang saya kira perlu diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami.
Baca dan cubalah amalkan setakat yang termampu.

 1.Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami. (yg ni i sokong 100%)

 2.Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas.Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat ditelinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin. (betul 2... ni x, ble kte ckp mata dok tgk tv je xpn tgk laptop... pstu xphm pe yg kte ckp... gggrrrr geram...)

 3.Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isterimenghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda. (alhamdulillah wt mse ni en.suami xpenah bndingkn masakan i dgn masakan mak dia... walaupn i msk xsdp... wakakakaka)

 4.Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sermata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. (kdg2 i yg demand... bkn en.suami... wakakaka)

 5.Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja. (tau xpe... jg ank ni kne la same2... lau suami rasakn dia penat bkeje, isteri pn lebih kurang jg penat bekeje blk umah ngn ank2 lagi... ini saya setuju yang arif... ngeh2)

 6.Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya.Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan. (yup... kdg2 sedih jgk ble blk je umah kne msk, lyn ank sedangkn suami dok rileks ngadap laptop smbil men game...)

 7.Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri.Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak! (sokong jgk... tp seb bek ble time mkn en.suami slalu tggu i tok mkn sme2... kdg2 i je yg xtggu dia sbb dh lapo sgt... hahahaha)

 8.Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik.Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri Cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga) -(yg ni i je yg slalu ajk org dtg umah... en.suami jarang sbb dia 2 maleh nk jmput org dtg umah dia...)

9.Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu. (huh yg ni paling i xsuke ble dbangkitkn... xkirela en.suami ke, mertua ke, kwn2 ke atau sape2 jela... sensitip tau...)

 10.Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut? (ha tol 2.. mse bcinta bunyi kentut 2 mmg xpenah dgr lgsg..tp sjak dh kawen perghhh bunyi kentut 2 dh mcm pe je kt umah... dh xde segan silu lg... tp ble dh geram i pn kentut jgk dpn dia... bls dendam blk... hahaha)

 11.Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau. (alhamdulillah wt mse ni part ni lom tjadi.. hrp2  xkn tejadi la...)

 12.Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya. (yg mmg xkedekut sbb laki bini mmg boros... kuikuikui)

 13.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami”degil” tak nak minta pertolongan. Selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!.) (sokong2)

 14.Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke? (tol 2.. nk ble dh mkn or minum xreti2 nk bsh... hangin tolll)

 15.Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja. (ble da org dtg umah br la nk tlg isteri kt dpr... lau xde org dtg, isteri kt dpur dh mcm kungfu panda pn wt xtau je masalah isteri kt dpr...)

16.Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri. (erm kdg2 kesian pd isteri2 yg selalu dikasari oleh suami2 mereka ni... xde keperimanusiaan lgsg kn???)

 17.Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat? (para suami ni kdg2 xbsyukur dgn pe yg mreka ada... kdg2 dh da isteri yg paling baik pn tetap gak wt perangai... hrp2 en.suami i xjd cmni la... aminnn)

 18.Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor.Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya. (time ni i suke... dpt manje2 ngn en.suami...)

 19.Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali. (betoi betoi betoi)

 20.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti. (betulll... perbincangan bsama ngn isteri psti akn dpt kptsan yg tepat...)

 21.Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalauperlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. (sokong...sjk dh da ank ni, en.suami dh jrg pujuk i ble i majuk... nk mntak maaf lg la xde... sedih sgt2... npe en.suami dh brubah dh mcm dlu... =(  )

Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok,anda juga yang rugi!
Semoga saya dan semua para suami semua berlapang dada dan dengan hati yang terbuka menerima permintaan dan pesanan isteri ini. Semoga saya dapat amal apa yang diperkatakan. InsyaAllah.

4 comments:

  1. Kalau lah andi ada blog, aku tag entri ni kat die ! HAHA~

    ReplyDelete
  2. tau xpe...
    xyah da blog pn xpe jnj diaorang bc kt blog kte ni..
    kn best...
    npela suami2 ni kdg2 brubah sikap ble dh kawen...
    sedih jgk kdg2 2...
    rse dh kurang kasih syg je skang ni...
    sedihhh =(

    ReplyDelete
  3. curaaaa...
    kompom ke diaorang bc ni??
    rsenye jgn hrp le kn...
    ko soh haniff bc...
    insyaALLAH pas korang kawen nnt akn dipraktikkan...
    hehehehehe

    ReplyDelete

posto.. posto.. posto...