salam...
pg2 ni i nk kongsi 1 info...
xsure betoi ke x kn...
tp i nk share jgk...
n seb bek jgk tv yg i bli bkn LED tp LCD...
so i xrugi la...
pd sape2 yg nk bli tv LED 2 diharap dpt pikir2kn sblm membeli...
Nampaknya ramai tertipu dengan beli Tv LED,sebenar yang ia juga
adalah LCD,kena TV LED hanyalah dari Sony dan ia hanya di Negara
pengeluar,iatu Jepun.
Walaupun sukar mempercayainya tetapi hakikatnya semua televisyen LED
yang berada di pasaran tempatan pada masa ini bukan televisyen LED dalam
erti kata yang sebenar.
Menurut Pengurus Kanan Kejuruteraan dan Servis, Toshiba Sales &
Services Sdn. Bhd., Liew Ah Yoong, semua produk itu merupakan televisyen
paparan cecair kristal (LCD) yang menggunakan cahaya belakang LED.
Namun, katanya, semua syarikat pengeluar memasarkannya sebagai televisyen LED mungkin kerana strategi pemasaran.
”Sehingga hari ini, hanya Sony mengeluarkan televisyen LED sebenar
atau diod pemancar cahaya organik (OLED), itu pun hanya satu dua model
dan mungkin hanya ada di Jepun.
”Saya sendiri tidak tahu bagaimana rupa televisyen LED kerana tidak
pernah melihatnya,” katanya pada prosiding Tribunal Tuntutan Pengguna
Malaysia (TTPM) di Ipoh, Perak, baru-baru ini.
Ah Yoong hadir sebagai saksi kepada syarikat Kim Seen Electronic
Trading bagi memberitahu situasi sebenar terhadap tuntutan yang
dikemukakan oleh Liew Moi Fah, 55.
Moi Fah menuntut supaya syarikat itu mengembalikan semula wangnya
sebanyak RM5,350 kerana didakwa menjual televisyen LCD kepadanya,
sedangkan dia mahu membeli televisyen LED.
Menurut Moi Fah, dia membeli televisyen tersebut pada Januari lalu dan mendapati ia bukan televisyen LED sebulan kemudiannya.
”Semasa berkumpul beramai-ramai sempena sambutan Tahun Baru Cina pada
Februari lalu, anak saudara saya memberitahu bahawa televisyen itu
bukan televisyen LED tetapi LCD ‘kahwin’ LED. Kes seperti ini
banyak
berlaku di Singapura.
”Saya juga dapati pada kad jaminan televisyen tersebut tertera LCD
dan pemeriksaan pada laman web Toshiba tidak menjumpai sebarang produk
televisyen LED,” katanya.
Setelah mendengar penjelasan tersebut, Presiden TTPM, Maznah Haron
memerintahkan supaya Kim Seen Electronic Trading yang diwakili oleh Tang
Boh Leng mengambil semula televisyen itu dan mengembalikan RM4,235.42
kepada pihak yang menuntut.
Dalam hal ini, katanya, kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi
memastikan pengguna tidak dikelirukan antara televisyen LED dan
televisyen LCD yang menggunakan cahaya belakang LED.
No comments:
Post a Comment
posto.. posto.. posto...